KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu bapa adalah model terbaik untuk anak-anak mereka dalam mendepani cabaran kepesatan teknologi. Menurut baginda, anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga harmoni akan melahirkan keluarga dan masyarakat madani. “Justeru, ibu bapa perlu lebih bijak menangani cabaran ini. Berilah kasih sayang dan sentiasalah dengar luahan hati mereka,” titah baginda. Tuanku Syed Sirajuddin bertitah merasmikan sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat kebangsaan di Dewan…










