JOHOR BAHRU 18 Jun – ‘Ghaib’ lepas hantar anak. Itu yang didedahkan oleh Pengetua Taman Sinar Harapan Jubli di sini, Siti Hajar Yang Omar ketika menceritakan nasib sebahagian daripada penghuni di institusi berkenaan. Siti Hajar berkata, hampir 70 peratus ibu bapa dan waris bertindak ‘kejam’ apabila menghilangkan diri selepas menghantar anak-anak mereka ke sana. Katanya, kesemua penghuni berusia antara 13 hingga 35 tahun itu terdiri daripada golongan wanita dalam kalangan…










