BULAN Ramadan telah berlalu meninggalkan kita dengan Syawal hadir sebagai pengganti kepada seluruh umat Islam. Adalah menjadi lumrah kehidupan kita sebagai insan yang lemah apabila berlalunya Ramadan, maka akan semakin berkurangan segala amal ibadah yang dilakukan kerana keistimewaan Ramadan itu tersendiri. Namun, bagi Muslim yang benar-benar ikhlas serta bersungguh dalam beribadah bermula di awal Ramadan hingga ke akhir Ramadan, pastinya akan tetap dengan keimanan untuk terus istiqamah meskipun Ramadan telah…










