Hukum rakyat sebar kebencian kepada Agong, Majlis Raja-raja - Utusan Malaysia

Hukum rakyat sebar kebencian kepada Agong, Majlis Raja-raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – UMNO Cawangan KLCC mendesak kerajaan baharu Pakatan Harapan supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana rakyat yang menghamburkan kecaman negatif terhadap institusi diraja terutama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung pelantikan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Ketuanya, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara, institusi diraja wajib dipertahankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Oleh itu, saya mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk bertindak tegas di atas mana-mana perundangan sedia ada,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan himpunan aman bagi menzahirkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu di hadapan Pintu Tiga, Istana Negara di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini