Hujan tidak jejaskan kemeriahan rumah terbuka Muhyiddin - Utusan Malaysia

Hujan tidak jejaskan kemeriahan rumah terbuka Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR- Hujan yang turun pada awal pagi tidak menghalang kira-kira 5,000 orang berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Orang ramai tanpa mengira kaum hadir seawal 9 pagi bagi memeriahkan sambutan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir.

Muhyiddin bersama isteri, Puan Sri Noraini Abdul Rahman sempat beramah mesra dengan orang ramai serta memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Orang ramai dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa seperti  lemang, rendang, nasi beriani, cendol sawit dan lain-lain. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN