HTAR nafi bekalan darah O negatif kurang - Utusan Malaysia

HTAR nafi bekalan darah O negatif kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) menafikan tular dakwaan seorang waris pesakit bahawa darah jenis O negatif semakin berkurangan di hospital terbabit. 

Pengarah HTAR, Dr. Mohamad Sabri Othman berkata, hasil siasatan mendapati bekalan darah O negatif pada ketika ini adalah mencukupi. 

Katannya, pihaknya turut telah membekalkan keperluan bekalan darah yang mencukupi kepada pesakit tersebut. 

“Darah jenis O negatif adalah dikategorikan sebagai kumpulan darah yang jarang dijumpai (rare). 

“Sehubungan itu, semua tabung darah tidak menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Bagaimanapun, stok sedia ada adalah mencukupi untuk kegunaan semasa kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi. 

Jelas beliau, HTAR juga mempunyai senarai penderma darah tersebut untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama pada waktu kecemasan. 

Justeru, Mohammad Sabri menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN