Kajian semula terhadap projek mega untuk menangani masalah hutang begitu kuat dilaungkan oleh kerajaan baharu dan begitu mengujakan rakyat. Akhirnya Mesyuarat Kabinet mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang menelan belanja RM110 bilion dan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) RM40 bilion – dibatalkan. Bagaimanapun projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membabitkan kos RM55 bilion masih dalam peringkat kajian semula selepas 14 peratus kerja-kerja pembinaan disiapkan.…










