SHAH ALAM 2 Jun – Seramai 107 anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Ekhwanku dan Rumah Sentuhan Budi diraikan oleh Hotel Concorde dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf, di sini malam tadi. Pengerusi Shah Alam Hotel Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, program tersebut merupakan acara tahunan pihaknya bagi berkongsi kegembiraan bersama golongan asnaf. “Amalan berpuasa memiliki fadilatnya yang tersendiri dari sudut kemasyarakatan…










