KUALA TERENGGANU 18 Jun – Aidilfitri selalunya mengingatkan bukan sahaja soal kesyukuran tetapi nilai kasih sayang serta hubungan persaudaraan. Kedua-duanya akan memberikan lebih makna tentang sambutan perayaan itu untuk diraikan dalam suasana penuh kegembiraan. Suasana itulah yang cuba disuburkan berterusan oleh ahli keluarga Tengku Mansor Engku Jusoh dengan menjayakan program tradisi dwitahunan sambutan Aidilfitri yang mempertemukan sebahagian besar waris arwah. Hampir 200 ahli keluarga keturunan arwah Tengku Mansor dari seluruh…










