LONDON 30 Jun – Puluhan ribu orang dijangka akan menyertai tunjuk perasaan di seluruh Amerika Syarikat (AS) menentang dasar pendatang yang tegas dalam pentadbiran Presidennya, Donald Trump. Lapor BBC, penganjur mengharapkan kesemua hadir dengan berpakaian putih yang mewakili keamanan dan perpaduan. Perarakan utama adalah di Washington DC, tetapi salah satu orang penting bagi pergerakan itu, Anna Galland berkata, akan ada acara berasingan di 50 negara secara keseluruhannya. Sejumlah selebriti juga…