KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menetapkan supaya harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun, kata Kementerian Kewangan. Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan berpendirian dan menegaskan bahawa harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok tidak boleh diturunkan kerana ia merupakan produk yang membahayakan kesihatan. “Sebarang penurunan harga jualan runcit akan dianggap sebagai suatu…










