PUTRAJAYA 3 Jun – Program Jualan Harapan Rakyat Malaysia setiap Sabtu dan Ahad menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran sehingga pembeli boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga RM200 sebulan. Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Mohd. Noor Al-Akbari berkata, program itu telah dilaksanakan selama enam bulan dan berjalan secara serentak di 10 lokasi MyFarm Outlet di sekitar Lembah Klang. Menurutnya,…










