MUAR 17 Jun – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan budaya mengeluarkan surat sokongan oleh pemimpin politik seperti Ahli Parlimen termasuk daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed sendiri kepada individu tertentu untuk mendapatkan sesuatu projek diberhentikan terus. Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, di peringkat penjawat awam pula, mereka disaran menolak mana-mana permohonan yang menggunakan sistem itu kerana bertentangan dengan…










