Hamidin hormati keputusan Annuar - Utusan Malaysia

Hamidin hormati keputusan Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 29 Jun – Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu beliau menghormati tindakan Tan Sri Annuar Musa yang membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding merebut kerusi No. 1 badan induk tersebut.



Memuatkan artikel berkaitan…

Annuar merupakan satu-satunya pencabar Hamidin bagi merebut jawatan Presiden FAM telah menarik diri kerana mahu memberi fokus kepada karier politiknya selaku Ahli Parlimen Ketereh dan juga selepas mendapatkan pandangan daripada bekas presiden badan induk tersebut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Itu bermakna Hamidin memenangi jawatan Presiden FAM bagaimanapun beliau akan diumumkan secara rasmi pada Kongres FAM ke-54 yang diadakan pada 14 Julai depan.



“Saya menghormati keputusan beliau yang memutuskan tidak mahu bertanding.

Mengikut statut apabila hanya ada satu calon yang ada untuk jawatan presiden maka secara rasminya individu itu akan diumumkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada 14 Julai ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN