PARIS – Pemain No. 1 dunia, Simona Halep akhirnya berjaya merangkul gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya selepas menjuarai Terbuka Perancis dengan menewaskan pilihan ke-10 Sloane Stephens 3-6, 6-4, 6-1 pada aksi final di Stade Roland Garros kelmarin. Kejayaan itu menyaksikan Halep, 26, muncul pemain tenis wanita kedua dari Romania memenangi Grand Slam selepas Virginia Ruzicki menjuarai Terbuka Perancis 1978. Ia sekali gus menebus kekecewaan Halep yang terdahulu tewas dua kali di pentas final Terbuka Perancis di tangan jelitawan Rusia, Maria Sharapova pada edisi 2014 dan Jelena Ostapenko tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya