CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia mahu hak mendapatkan akses kepada internet menjadi salah satu hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat maklumat dengan mudah melalui capaian internet. “Kita ada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang memang ada disebut tentang hak-hak tertentu termasuk hak kebebasan. “Justeru, saya mahu mencadangkan supaya hak akses kepada internet menjadi salah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam perlembagaan bagi memastikan seluruh rakyat negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya