Hadkan penggal Ketua Menteri, Melcat jadikan Kerajaan negeri Melaka berkesan  - Utusan Malaysia

Hadkan penggal Ketua Menteri, Melcat jadikan Kerajaan negeri Melaka berkesan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Berpaksi slogan ‘Melaka Berwibawa’ dengan tagline Pintar, Hijau, Bersih, Ketua Menteri, Adly Zahari fokus melaksanakan tadbir urus cekap dalam usaha memastikan Kerajaan negeri Melaka melaksana tanggungjawabnya dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, dalam merealisasikan hasrat itu, dua inisiatif permulaan akan dilaksanakan iaitu mengehadkan tempoh perjawatan Ketua Menteri Melaka kepada dua penggal dan menubuhkan Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat).

Katanya, dua inisiatif itu tidak dilaksanakan kerajaan terdahulu dan pihaknya percaya inisiatif itu akan membuka ruang untuk melaksanakan lebih banyak lagi dalam memastikan kecekapan serta keberkesanan kerajaan negeri menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Kita meletakkan asas masa bagi jawatan ketua menteri agar beliau dapat menguna sepenuhnya potensi masa yang ada dengan semaksimum mungkin kerana beliau tahu jalan keluarnya selepas itu, seterusnya ini membolehkan beliau menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Seorang  ketua menteri perlu menyelesaikan tugasnya dalam tempoh tertentu, jadi beliau perlu menguna sebaik mungkin masa 24 jam sehari, sebulan dan setahun bagi merangka apa yang perlu dilakukannya dalam masa dua penggal,” katanya kepada Bernama. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN