Hadkan pemberian hadiah penting elak perbuatan tidak bermoral - Utusan Malaysia

Hadkan pemberian hadiah penting elak perbuatan tidak bermoral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Tindakan kerajaan untuk mengehadkan  pemberian hadiah kepada penjawat awam adalah penting bagi memastikan tiada berlakunya perbuatan yang tidak bermoral dalam kalangan mereka, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Beliau berkata, bagi mendukung usaha itu, kerajaan negeri juga telah menetapkan pemberian hadiah kepada penjawat awam hingga pemimpin negeri kepada hanya barangan berbentuk makanan, jambangan bunga atau buku bagi tujuan pembacaan.

“Pemberian hadiah dalam bentuk barangan lain khususnya seperti barangan bernilai dan wang tidak dibenarkan sama sekali kerana kita tidak mahu ianya boleh mencetuskan kebimbangan apabila menerima hadiah bernilai itu sehingga menyukarkan penjawat awam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun ada ketetapan bahawa penjawat awam untuk membuat pengisytiharan aset namun seeloknya kita maklumkan lebih awal bagi memudahkan mereka sekali gus melicinkan perjalanan pentadbiran negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada 13 Mei lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan bercadang mengehadkan pemberian hadiah kepada penjawat awam dalam bentuk makanan atau bunga, dan bukannya barangan bernilai. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini