ANCHORAGE, Alaska 28 Jun – Kumpulan saintis memberi amaran bahawa kawalan udara boleh terjejas selepas satu gunung berapi di pulau Aleutian menunjukkan tanda-tanda untuk meletus dalam tempoh terdekat. Gunung Berapi Cleveland yang setinggi 1,730 meter dan terletak kira-kira 1,500 kilometer ke barat daya Anchorage sudah mula memuntahkan lahar dari kawahnya. Pusat Pemantauan Gunung Berapi Alaska meningkatkan tahap amaran kepada jingga iaitu satu tahap sebelum merah yang menunjukkan letusan kuat boleh berlaku pada bila-bila masa. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya