Gugur daripada skuad kebangsaan jika merokok - Utusan Malaysia

Gugur daripada skuad kebangsaan jika merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – Pemain badminton kebangsaan akan digugurkan sekiranya gagal melepasi ujian nikotin yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya bakal melaksanakan dua ujian yang akan dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN) dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan pemain-pemain kebangsaan bebas nikotin.

“Mungkin ada lima atau enam pemain yang sudah dikenal pasti dalam isu merokok ini dan kita beri mereka tempoh tiga bulan selepas ujian pertama bagi memastikan mereka bebas daripada nikotin sebelum ujian kedua dijalankan semula.

“Sekiranya mereka gagal dalam ujian kedua, mereka akan digugurkan daripada skuad kebangsaan,” katanya selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN