Guerrero dibenarkan beraksi pada Piala Dunia - Utusan Malaysia

Guerrero dibenarkan beraksi pada Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA 1 Jun – Peru gembira selepas kapten mereka, Paolo Guerrero memenangi rayuan bagi membolehkannya beraksi pada Piala Dunia, meskipun dia digantung kerana kesalahan doping.

Keputusan tersebut yang dibuat oleh mahkamah di Switzerland telah mencetuskan kegembiraan beribu-ribu batu jauhnya di ibu negara Peru, Lima, malah penyerang berusia 34 tahun itu turut menyampaikan ucapan terima kasih.

“Ini merupakan satu kejayaan buat Peru kerana usaha itu telah menyatukan kami,” kata Presiden Peru, Martin Vizcarra, sebelum dia menghubungi Guerrero untuk mengucapkan tahniah.

Sementara itu, Guerrero berkata, keputusan tersebut sekurang-kurangnya telah memberikan keadilan, dan dia berterima kasih kepada mahkamah di Switzerland.

Jelasnya lagi, dia akan menyertai skuad kebangsaan Peru selepas ini.

“Bersama-sama rakan sepasukan saya yang lain, saya bersedia menerima tanggungjawab bagi menghadiahkan kegembiraan buat negara saya.

“Tiada had dan tidak ada lagi impian yang mustahil, kerana sebaik kami bangsa Peru bersatu, segalanya boleh dilakukan,” ujar Guerrero.

Tribunal Persekutuan Switzerland, merupakan langkah terakhir Guerrero setelah terpaksa mengharungi tuntutan undang-undang yang begitu panjang, apabila pengumuman dibuat membenarkan pemain itu kembali beraksi, yang mana ia sekali gus membatalkan keputusan dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne yang menggantungnya selama 14 bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN