Golongan muda mahu Ku Li jadi Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Golongan muda mahu Ku Li jadi Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 3 Jun – Akar umbi serta pemimpin UMNO negeri yang terdiri daripada anak muda sepakat mahukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengemudi dan memulihkan kembali parti tersebut.

Menurut mereka, bekas Menteri Kewangan itu me­rupakan calon terbaik untuk diangkat sebagai Pre­siden UMNO pada pemilihan agung parti nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, Tengku Razaleigh disifatkan seorang tokoh yang dihormati serta mempunyai kemampuan dan rekod baik.

Menurutnya, Tengku Ra­zaleigh atau Ku Li mampu mengembalikan semangat dan kekuatan ahli selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Ramai yang nak lihat Ku Li menduduki kerusi Presiden UMNO. Saya me­ngatakan demikian kerana kita tidak mahu kesilapan berulang dua kali apabila kita tidak mendengar pendapat serta kebimbangan kita, rakyat akan menolak UMNO.

“Inilah peluang terbaik untuk kita baiki UMNO dan perubahan perlu dari pe­ringkat dalaman lagi,” katanya.

ADUN Paloh, Amran Arifin pula berkata, hanya Tengku Razaleigh dilihat layak untuk memulihkan serta mengembalikan maruah UMNO.

“Jika Ku Li diberi pe­luang memimpin, UMNO akan kembali pulih dengan cepat kerana kewibawaan yang dimilikinya.

“Beliau juga tidak ada kesalahan besar serta tiada cacat cela dari sudut peri­badinya. Saya rasa inilah pemimpin yang sangat sesuai untuk menerajui UMNO selepas kita me­ngalami sedikit ujian kekalahan dalam PRU-14 baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Ke­tua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Norfadz­lete Aryani Mat Rosli juga menyokong usul berkenaan.

“Kami seluruh kepe­mimpinan Pergerakan Puteri UMNO negeri mengharapkan Ku Li sanggup meme­gang jawatan Pre­siden UMNO memandang­kan beliau seorang yang ‘bersih’.

“Saya berharap Ku Li dapat mempertimbangkan ha­rapan kami dan meyakinkan rakyat dan ahli UMNO untuk terus bersama dengan kita. Kami yakin UMNO akan te­rus utuh di persada ke­pimpinan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN