Gol sendiri, penalti jadi hadiah permulaan Croatia - Utusan Malaysia

Gol sendiri, penalti jadi hadiah permulaan Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALININGRAD, Rusia 17 Jun – Gol sendiri dan penalti memberikan permulaan yang selesa untuk Croatia di Piala Dunia apabila menundukkan Nigeria 2-0 dalam pertembungan Kumpulan D di Stadium Kaliningrad sebentar tadi.

Tandukan terbang daripada Mario Mandzukic menyebabkan bola tertampan ke pemain tengah Nigeria Oghenekaro Etebo sebelum ia menerjah masuk ke gawang gol sendiri pada minit ke-32, sekali gus membolehkan Croatia di depan pada babak pertama.

Luka Modric kemudian menggandakan jaringan Croatia menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 susulan pertahanan Nigeria William Troost-Ekong mengasari Mandzukic.

Kemenangan tersebut membolehkan Croatia berada di kedudukan teratas Kumpulan D selepas Argentina dan Iceland sekadar seri 1-1 dalam satu lagi aksi di Moscow, semalam.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN