MEXICO – Kemenangan bergaya Mexico ke atas juara bertahan Piala Dunia, Jerman 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan F telah menyaksikan ‘gempa bumi’ jadian berlaku di sekitar Mexico. Perkara tersebut disahkan oleh Insititut Penyiasatan Geologi dan Atmosfera tempatan yang mendakwa punca gempa terbabit berlaku susulan ratusan ribu penyokong Mexico meraikan gol tunggal yang dijaringkan oleh pemain mereka, Hirving Lozano pada babak pertama. “Kami mengenal pasti berlaku gempa jadian beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Mexico. Ia mungkin berlaku susulan apabila ribuan orang melompat dan bersorak untuk meraikan gol yang dijaringkan oleh Lozano sebentar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya