Ghapur tarik diri, Abd. karim menang Ketua UMNO Bahagian Kalabakan - Utusan Malaysia

Ghapur tarik diri, Abd. karim menang Ketua UMNO Bahagian Kalabakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALABAKAN –  Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan tersebut sekali gus menjadikan calon Abd. Karim Abd. Wahid menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kalabakan pada Pemilihan UMNO 2018.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati Ghapur yang merupkan bekas Ahli Parlimen Kalabakan bermula pada tahun 2004 hingga 2013 tidak hadir ke mesyuarat yang dihadiri 383 perwakilan bahagian tersebut.

Susulan daripada itu, menjadikan seramai 17 daripada 38 calon yang bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian di Sabah pada pemilihan parti kali ini menang tanpa bertanding.

Mereka antaranya ialah bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis); Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak (Kota Belud) dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN