KOTA KINABALU – Datuk George Ginibun menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Istana Negeri di sini hari ini.
Upacara istiadat mengangkat sumpah tersebut dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
George secara rasmi menyertai Parti Warisan Sabah pada Februari tahun ini.
George, 76, yang menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pada bulan Februari lalu merupakan bekas penjawat awam dan pernah berkhidmat di Perbadanan Pinjaman Sabah selama 27 tahun.
Pada masa sama, juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Penampang bagi tempoh tiga penggal.
Terdahulu, pada 7 Jun lalu, Datuk Ahmad Abdul Rahman turut lafaz ikrar jawatan Timbalan Speaker Dun Sabah. – K! ONLINE










