Nur bukan sebuah naskhah di luar kotak atau luar biasa. Ia adalah sebuah naskhah klise yang dibikin untuk 19 episod bagi tatapan penonton menerusi slot Samarinda yang ditayangkan pada pukul 10 malam di TV3 sempena Ramadan tahun ini. Hakikat itu diakui oleh pengarahnya sendiri, Shahrulezad Mohameddin. Mengaku menghadapi tekanan agar tidak terbuai ego atau terpesong niat selepas Nur meledak kata Ezad, apa yang dipersembahkan kepada penonton adalah sebuah naskhah tentang…










