MUKADIMAHDalam usaha membantu masyarakat negara ini melengkapkan kehidupan lebih lestari, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) barubaru ini memperkenalkan kempen Clean Bazar Ramadan. Kempen yang bermula dari 1 hingga 5 Jun itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan amalan gaya hidup lestari menerusi galakan-galakan seperti membawa bekas dari rumah ketika membeli-belah di bazar Ramadan. Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, WAN MARHAFIDZ SHAH WAN MOHD.…










