MENTERI Sumber Manusia, M. Kulasegaran baru-baru ini mendedahkan bahawa kadar gaji yang rendah dipercayai antara sebab ramai rakyat Malaysia bersikap memilih kerja. Rakyat dikatakan tidak mahu menerima sesuatu pekerjaan jika gaji yang ditawarkan terlalu rendah menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja tempatan yang berminat dalam beberapa sektor tertentu di negara ini. Keadaan ini memaksa Malaysia terpaksa bergantung kepada pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di beberapa sektor seperti pembinaan, pertanian…









