MELAKA 20 Jun – Hasrat seorang gadis untuk meneruskan impiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak kesampaian akibat maut dalam satu kemalangan di Jalan Batu Berendam di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Faten Nursyuhadah Rahman, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Bagaimanapun, kakaknya yang menaiki motosikal sama cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di lokasi kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Sham Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa yang membawa motosikal jenis Honda Wave 110XS dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya