Gabungan Parti Sarawak ditubuh - Utusan Malaysia

Gabungan Parti Sarawak ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak mengumumkan meninggalkan BN Pusat dengan membentuk gabungan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia hasil keputusan pim­pinan empat parti tersebut iaitu Parti Pesaka Bumi­putera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti­ Demokratik Progresif (PDP).

Menurut beliau, penubuhan GPS sesuai untuk Sarawak memulakan era baharu politik bagi menghadapi cabaran selaras dengan keperluan rakyat negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi pembentukan GPS, kerajaan ne­geri yakin dapat memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan kepen­tingan serta hak Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita akan menyertai Pakatan Harapan, sebaliknya masih bebas termasuk bekerja­sama dengan kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi BN Sarawak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini