Gabenor BNM letak jawatan - Utusan Malaysia

Gabenor BNM letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa semalam sekali gus mengesahkan khabar angin yang tersebar dalam media sosial mengenai peletakan jawatan tokoh itu sejak kelmarin.

Mengikut kenyataan Muhammad, semasa mengambil alih jawatan itu pada Mei 2016, beliau berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab di pejabat Gabenor de­ngan profesionalisme, maruah dan integriti yang tinggi.

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat persoalan serius yang dibangkitkan sama ada beliau telah gagal dalam mencapai standard tersebut dan merisikokan keyakinan orang awam terhadap bank itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai bank pusat, kami hanya efektif de­ngan kepercayaan dan ke­yakinan yang diletakkan oleh rakyat Malaysia dan para pemimpin terhadap kami.

“Saya bersedia melepaskan jawatan se­kiranya saya tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan daripada orang ramai. Saya tidak dapat meneruskannya lagi sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank.

“Kita dinilai atas keputusan yang kita buat, misalnya se­perti pembelian tanah di Lot 41 (Kuala Lumpur) baru-baru ini, yang dibeli pada harga RM850 sekaki persegi yang mana telah menarik perhatian umum,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini