Fuego kembali meletus, 200 masih hilang - Utusan Malaysia

Fuego kembali meletus, 200 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUATEMALA CITY 6 Jun – Pihak berkuasa negara ini mengeluarkan amaran tentang peningkatan semula aktiviti gunung berapi Fuego yang sehingga kini mengorbankan 75 orang manakala hampir 200 lagi masih hilang.

Institut Meteorologi, Gunung Berapi, Seismologi Insivumeh mengeluarkan amaran itu selepas satu letusan berlaku awal pagi semalam menyebabkan anggota mencari dan menyelamat bergegas menyelamatkan diri dan memaksa pemindahan dilakukan.

Fuego meletus pada Ahad lalu dalam kejadian paling buruk sepanjang tempoh empat dekad selain menghamburkan debu dan lahar di sekitar bandar berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agensi bencana alam negara, CONRED memaklumkan, seramai 192 mangsa masih hilang selepas berlaku letusan tersebut manakala agensi forensik, Inacif memberitahu seramai 75 mangsa disahkan terkorban.

Pengarah Insivumeh, Eddy Sanchez berkata, keadaan di kawasan berkenaan pada masa ini amat kritikal.

Fuego merupakan salah satu daripada 34 gunung berapi yang aktif di Amerika Tengah.

Gunung itu terletak berhampiran bandar Antigua yang diiktiraf Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai kota warisan dunia. bandar berkenaan, bagaimanapun terselamat daripada kesan letusan besar gunung berapi.

Sementara itu, kebanyakan aktiviti terbaharu gunung ber­kenaan berlaku di bahagian yang menghadap ke pantai Pasifik.

Letusan yang berlaku Ahad lalu menghambur debu dan asap setinggi 10 kilometer dan meliputi beberapa daerah serta memaksa beribu-ribu penduduk dipindahkan. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini