FOX mohon maaf atas kebiadapan Robbie - Utusan Malaysia

FOX mohon maaf atas kebiadapan Robbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 16 Jun – Syarikat penyiaran Amerika Syarikat (AS), Fox memohon maaf kepada semua penonton di atas tindakan Robbie Williams yang menunjukkan jari tengahnya semasa persembahan pembukaan Piala Dunia.

“Ia disiarkan secara langsung, kami tidak tahu kemungkinan perkara seperti ini akan berlaku dan kami memohon maaf di atas tindakan itu,” katanya kepada Hollywood Reporter.

Bagaimanapun, Williams atau wakilnya masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung insiden itu.

Insiden itu bagaimanapun tidak dapat disaksikan penonton di United Kingdom tetapi tersebar meluas di media sosial.

ITV bagaimanapun berjaya memotong klip daripada majlis perasmian selepas Williams bertindak mengangkat jari tengahnya semasa me­nyanyikan lagu Rock DJ.

Penyanyi berusia 44 tahun itu bertindak me­ngubah lirik asal lagu itu dengan menambah “Saya mela­kukan perkara ini secara percuma” sebelum menunjukkan jari tengahnya.

Tindakan Williams itu berkemungkinan besar disaksikan jutaan penonton di seluruh dunia, sekali gus mengingatkan semua kepada insiden sama yang dilakukan Madonna semasa Super Bowl 2012.

Williams dalam Twitter peribadinya memberitahu bawah dia “sangat teruja untuk kembali ke Rusia membuat persembahan pembukaan @FIFAWorldCup.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN