LONDON – Sebuah firma dari Amerika Syarikat (AS) menawarkan sejenis kediaman baharu untuk rakyat di Britain khususnya golongan yang berhadapan masalah harga rumah mahal. Syarikat itu, Modern Tiny Living yang berpangkalan di Columbus, AS terlibat dalam penghasilan rumah yang dinamakan sebagai Kokosing iaitu sebuah kediaman kecil di atas badan treler. Kokosing yang dijual pada harga £60,000 (RM318,560) mempunyai keluasan 23.78 meter persegi dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk televisyen 32 inci serta mesin membasuh dan mengeringkan pakaian. Kediaman sepanjang 7.3 meter itu juga dilengkapi bilik air moden dan sebuah bilik tidur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya