TEMERLOH 10 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jumlah jualan di Bazar Industri Asas Tani (IAT) Aidilfitri pada tahun ini meningkat kepada RM4 juta berbanding RM3.2 juta pada tahun lalu. Pengarah Kanan Industri Asas Tani FAMA, Che Ghani Che Wan berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai berdasarkan kepada sambutan masyarakat dan penyertaan usahawan industri kecil dan sederhana yang bertambah kepada 745 orang berbanding 700 orang pada tahun lalu. “Seperti…










