KUALA LUMPUR 20 Jun – Seorang ahli UMNO dari Bahagian Ledang, Fairuz Edzuan Jamaluddin menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan parti peringkat sayap yang akan diadakan 23 Jun ini.
|
Fairuz Edzuan Jamaluddin
|
Fairuz Edzuan, 39, telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 2000 berkata, beliau ingin berkongsi komitmen, kemahiran, idea, masa dan tenaga untuk menggalas amanah dan menzahirkan tanggungjawab seiring dengan barisan kepimpinan tertinggi dan akar umbi.
“Saya yakin dan percaya bahawa teras perjuangan UMNO masih lagi relevan dan sangat penting untuk survival kaum Melayu tanpa mengabaikan hak kaum lain di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fairuz Edzuan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) juga merupakan Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Bahagian Ledang dan Pengerusi Yayasan Karisma. – UTUSAN ONLINE










