KUALA LUMPUR – “Fail Merah” telah membongkar satu lagi skandal bernilai RM9.4 bilion yang dipercayai berlaku semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini, kata Kementerian Kewangan hari ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh MoF, terlibat dalam skandal RM9.4 bilion yang dikaitkan dengan projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai…










