CALIFORNIA – Facebook memfailkan paten untuk sistem yang akan menggunakan algoritma pembelajaran mesin bagi mengetahui perubahan dalam kehidupan penggunanya. Antara perubahan tersebut termasuk status perkahwinan, kelahiran, pekerjaan baharu, penambahan ahli keluarga, graduasi, malah kematian penggunanya. Paten yang dibangunkan itu merupakan salah satu daripada koleksi yang menerangkan kajian data peribadi pengguna. Melalui sistem tersebut, maklumat yang dikumpul akan membantu jenama-jenama untuk menyampaikan iklan yang berkaitan kepada seseorang pengguna dengan lebih berkesan…










