KOTA BHARU 30 Jun – Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan empat ‘sifir’ pembaharuan bagi mengembalikan kekuatan parti jika memenangi jawatan itu, pada pemilihan hari ini. Beliau berkata, empat ‘sifir’ itu adalah kesungguhan menjaga kebajikan rakyat; tidak berpecah belah; teknik bekerja dan kesungguhan jentera. Jelasnya, setiap perwakilan perlu meletakkan fokus mencari semula kekuatan parti dan bukan sibuk berdebat semata-mata. “Hari ini, semua hendak cakap supaya berdebat di…