Ella Eyre makan otak kambing - Utusan Malaysia

Ella Eyre makan otak kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI Ella Eyre memberitahu, dirinya pernah menikmati hidangan yang berupa otak kambing yang disangka pada mulanya adalah ayam.

Pelantun lagu If I Go mendedahkan hal berkenaan ketika ditanya mengenai makanan aneh yang pernah dinikmatinya ketika bercuti.

“Saya pernah menikmati otak kambing ketika saya dan ibu berkunjung di sebuah pasar di Maghribi.

“Otak kambing berkenaan dihidangkan bersama kebab,” ujarnya.

Katanya, pada masa itu, ibunya memberitahu otak kambing tersebut adalah ayam.

“Pada masa itu, saya masih muda dan mempercayai itu adalah ayam.

“Bagaimanapun, rasa otak kambing tersebut tidak terlalu teruk,” katanya seperti dilaporkan portal femalefirst.co.uk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN