KUALA LUMPUR 30 Jun- Ahli-ahli UMNO termasuk kepemimpinan tertinggi dinasihatkan agar bersikap rendah diri dan tidak menunjukkan kemewahan yang dimiliki sekiranya parti itu diberi mandat sekali lagi. Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, apa yang berlaku sebelum ini dipercayai telah menimbulkan kemarahan rakyat terhadap parti yang berusia 72 tahun itu. “Nasihat saya bukan hanya kepada perwakilan Lembah Pantai tetapi pucuk pimpinan tertinggi…