BERA 10 Jun – Pasar raya terkenal, Econsave tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban golongan sasar sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menerusi kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pasar raya berkenaan hari ini menyalurkan sumbangan barangan keperluan kepada 30 orang golongan kurang berkemampuan. Pengurus Cawangan Econsave Triang, Kamaruddin Ngah Ibrahim berkata, sumbangan dengan nilai keseluruhan RM6,000 itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya. “Melalui sumbangan ini, kita memberi baucar bernilai RM200 kepada setiap penerima yang layak bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan. “Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya