MOSCOW – Pemain muda Argentina, Paulo Dybala mengakui tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan bersama ketua pasukan, Lionel Messi pada aksi kedua Kumpulan D menentang Croatia esok. Jelasnya, Messi bukanlah pemain yang akan diletakkan dalam bangku simpanan dan merupakan nama pertama yang dipilih oleh jurulatih, Jorge Sampaoli untuk kesebelasan utama. Susulan itu, Dybala berharap jurulatih dapat memberi ruang kepadanya membuktikan keupayaan selepas dipinggirkan dalam aksi pertama ketika dikecewakan 1-1 dengan Iceland minggu…










