Duo Ducati tawan Mugello - Utusan Malaysia

Duo Ducati tawan Mugello

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORENCE, Itali – Pasukan Ducati melalui hari penuh gemilang apabila dua pelumbanya, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso merangkul kedudukan 1-2 pada Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello malam tadi.

Kejayaan itu turut menyaksikan Lorenzo berjaya memenangi perlumbaan buat kali pertama sejak menyertai Ducati tahun lalu dengan catatan masa 41 minit 43.230 saat, manakala Dovi­zioso berpuas hati di tempat ke­dua.

Meskipun memulakan perlumbaan di petak kedua, namun Lorenzo membuktikan kemampuan jentera Ducati pada perlumbaan tersebut apabila memimpin perlumbaan sejak pusingan pertama hingga ke garisan penamat.

Lorenzo berkata, kemenangan tersebut sekali gus menutup mulut pengkritik yang sering mempertikaikan gaya tunggangannya memandangkan belum pernah memenangi sebarang perlumbaan sebelum ini.

“Saya tahu ramai orang yang ber­kata gaya tunggangan saya tidak sesuai dengan Ducati, namun sebenarnya saya hanya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri serta jimatkan tenaga.

“Apabila pasukan membekalkan bahan api mencukupi, saya rasa lebih selesa dan mampu mengekalkan tempo perlumbaan. Ia terbukti apabila tidak ada sesiapa yang mampu mengejar saya pada hari ini (semalam),” kata Lorenzo.

Dalam pada itu, hasrat pelumba Movistar Yamaha, Va­lentino Rossi untuk muncul juara di hadapan penyokong sendiri tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga biarpun bermula di petak pertama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN