JIKA sesetengah penyanyi mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke studio bagi merakamkan lagu baharu selepas melahirkan anak, namun lain pula ceritanya dengan penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tidak sampai lima bulan selepas menimang cahaya mata pertama beliau, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu, Siti kini hadir dengan single bertemakan ketuhanan berjudul Cinta Syurga. Berpeluang bertemu dengannya pada majlis pelancaran single Cinta Syurga yang di bu…










