Dua syarikat sumbang RM1 juta untuk Tabung Harapan - Utusan Malaysia

Dua syarikat sumbang RM1 juta untuk Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 2 Jun – Spritzer Berhad (Spritzer) dan Yee Lee Corporation Berhad hari ini menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Kedua-dua syarikat pengeluar jenama produk terkenal dari negeri ini yang beribu pejabat di Taiping dan Ipoh itu masing-masing menderma sebanyak RM500,000.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Spritzer Berhad, Dr. Chuah Chaw Teo dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yee Lee Corporation Berhad, Lim Ee Young kepada Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Sementara itu, Kor Ming berkata, derma oleh dua syarikat tempatan itu merupakan sumbangan terbesar setakat ini dari negeri ini kepada tabung yang ditubuhkan kerajaan itu.

Katanya, sumbangan tersebut amat bererti dan perlu dijadikan contoh kepada pihak lain untuk turut memberi sumbangan kepada tabung berkenaan.

“Kerajaan menubuhkan tabung ini tanpa memaksa sesiapa pun untuk menderma. Ia secara sukarela dan tanda patriotik rakyat yang sayangkan negaranya.

“Jumlah sumbangan bukanlah perkara utama kerana yang penting adalah keikhlasan mereka dan mengikut kemampuan diri kerana tiada sebarang paksaan untuk melakukannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN