Dua sahabat maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Dua sahabat maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG 2 Jun – Dua rakan sekerja maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah lori di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai berhampiran simpang Kemuning, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi, mangsa, Eddie Mustakim Busu, 37, dan Nor Hasmini Ismail, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Zulhairi Salamat, 25, pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Machang.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani ketika mengesahkan kejadian berkata, semasa nahas, kereta jenis Perodua Viva dinaiki mangsa datang dari arah Kuala krai menghala Kota Bharu.

Katanya, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori lalu berpusing dan melanggar penghadang jalan.

“Mangsa yang maut merupakan penumpang hadapan dan belakang kereta manakala pemandunya pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Pemandu lori berusia 58 tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketiga- tiga mangsa difahamkan bekerja sebagai pakar motivasi dalam perjalanan untuk menyampaikan ceramah di Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah pada pukul 9 pagi tadi, ” ujarnya.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan, ” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN