KEMELUT Menteri Besar yang berlarutan hampir sebulan akhirnya selesai selepas kesemua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri ini sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar. Wakil rakyat terbabit sepakat menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berkenan melantik Azlan sebagai Menteri Besar meskipun pada peringkat awalnya mereka menolak keras pelantikan tersebut. Keputusan tersebut sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negeri ini yang cukup berharap agar kemelut tersebut segera diselesaikan dengan baik khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Kini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya