Dua maut, seorang parah kereta dipandu bertembung lori - Utusan Malaysia

Dua maut, seorang parah kereta dipandu bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Dua rakan sekerja maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum bertembung dengan lori dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai berhampiran simpang Kemuning di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa, Eddie Mustakim Busu, 37, dan Nor Hasmini Ismail, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Zulhairi Salamat, 25, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki kesemua mangsa dari arah Kuala Krai menghala Kota Bharu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kereta itu melanggar sebuah lori lalu berpusing dan melanggar penghadang jalan. Mangsa yang maut merupakan penumpang hadapan dan belakang manakala pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

“Pemandu lori berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Eddie Mustakim merupakan pakar motivasi manakala dua lagi kakitangannya difahamkan dalam perjalanan untuk menyampaikan ceramah di Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah pada pukul 9 pagi, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN